PRUMA

Gerakan belia 4B Malaysia cawangan Paya Rumput Makmur, DUN Paya Rumput ,kawasan Tangga Batu, Negeri Melaka. Didaftarkan pada 15 September 2008 dan telah memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2010. Motto gerakan belia ini adalah Belia Pemangkin Masyarakat.

PRUMA

alamat pertubuhan:
    Gerakan belia 4B Malaysia
    Cawangan paya Rumput Makmur,
    No.8, Jln Seri Paya Rumput 5,
    Taman Seri Paya Rumput,
    76450 Melaka.

Sejarah Penubuhan


Sejarah pertubuhan belia kampung ini bermula secara kelompok – kelompok kecil dari tahun 1964, ketika itu melibatkan keseluruhan belia kampung mukim Paya Rumput.

Pada tahun 1964 ditubuhkan ”Persatuan Pemuda Kampung Paya Rumput” yang dipengerusikan oleh Tn Hj. Esa Bin Hj Yyusof yang mana ketika itu banyak menjalankan aktiviti membantu masyarakat terutama kerja-kerja di sawah padi yang dipanggil ” MENYERAYA” atau tolong menolong tanpa mengambil apa-apa upah sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan, selain itu aktiviti sosial, sukan, pementasan drama, permainan tradisional juga diwujudkan seperti pasukan rebana ubi dan permainan gasing.

Permainan Tradisional

Seterusnya, pada tahun yang sama Persatuan Belia Paya Rumput dipengerusikan oleh Tuan Haji Esa bin Haji Yusof. Beliau seorang guru besar sekolah dimana beliau meneruskan usaha-usaha Persatuan Belia Paya Rumput dan menggalakkan belia-belia terlibat di bidang pertanian untuk menambah pendapatan selain daripada penanaman padi.


Pada tahun 1977 kepimpinan persatuan bertukar kepada En. Yahya bin Kamaruddin yang juga merupakan seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, dimana beliau menaburkan khidmat untuk mendidik anak-anak kampung menjadi lebih berjaya.

Pada tahun 1998, Persatuan Belia Paya Rumput telah bertukar kepada Gerakan Belia 4B Paya Rumput Makmur ( PRUMA ) sekaligus telah bertukar kepimpinan kepada Saudara Zali bin Mat Yasin. Tahun ini juga pendaftaran pertubuhan belia yang telah digubal yang mana kelayakan umur menjadi ahli belia sehingga 40 tahun sahaja.

Sdara Zali meneruskan usaha-usaha belia dibidang pertanian dan ternakan selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan ” Pertanian adalah Perniagaan”
Matlamat beliau adalah untuk mengukir kembali nama pertubuhan ini yang telah berusia 48 tahun kearah  ”ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA” diperingkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan sebagai sumbangan kepada negeri Melaka yang akan menjadi negeri Maju tahun 2010.