Saturday, December 18, 2010

Aktiviti oleh Gerak Sukan

Diwujudkan selaras dengan aspirasi dan kehendak golongan remaja yang memerlukan aktiviti sukan. GERAK SUKAN bertujuan membentuk belia yang aktif, cergas dan dinamik ke arah memajukan negara. 4B telah memilih sukan sepak takraw sebagai keutamaan di samping menggalakkan acara-acara sukan yang lain.


Aktiviti-aktiviti:

“AKAL YANG SIHAT DATANG DARIPADA BADAN YANG SIHAT”


Sukan komuniti DUN paya rumput

     (Menyertai sukan komuniti dun paya rumput)
    Menganjurkan aktiviti senamrobik & poco-poco
    Menganjurkan bulan sukan peringkat  kampung
              - Bola sepak
              - Sepak takraw
              - Futsal
              - Bola jaring
              - Tarik tali
    Menganjurkan sukaneka
   pertandingan bowling peringkat parlimen tangga batu

aktiviti-aktiviti gerak sukan (klik untuk play)



Friday, December 17, 2010

Aktiviti oleh Gerak Dakwah

Adalah bertujuan melahirkan belia yang seimbang dalam segala urusan dunia dan akhirat seterusnya memupuk peribadi muslim yang mulia.  Melalui GERAK DAKWAH pelbagai aktiviti yang berteraskan keagamaan dan pendidikan diatur secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

Aktiviti -Aktiviti:

-   Menyertai program marhaban peringkat DUN Paya Rumput.

Program Marhaban

-   Korban Hari Raya Aidil Adha peringkat kampung. 

Penyembelihan lembu sempena Aidil Adha

-   Bacaan Yassin untuk pelajar sekolah.
-   Perarakan Maulidurrrasul.
-   Kursus Pengurusan jenazah.
-   Sambutan dan aktiviti kebesaran bulan Islam.
-   Majlis berzanji


Perancangan 5 tahun akan datang

  • mengadakan kelas mengaji dan jawin untuk membentuk ahli belia supaya celik jawi 
  • melahirkan pelapis imam dan bilal dalam kalangan belia



Aktiviti oleh Gerak Ilmu

Program meraikan dan membaca yasin bagi pelajar-pelajar SPM, PMR dan UPSR bersama warga belia dan ibu bapa. Bertujuan untuk memberkati ilmu yang telah diperoleh olah pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperikasaan penting peringkat negara.


 Selain itu, Gerak Ilmu juga menitiberatkan tahap pendidikan penduduk kampung serta perihal anak-anak kampung yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.